Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang "Ya Tuhanku, ampunilah aku dan saudaraku dan masukkanlah kami ke dalam rahmatmu, dan engkau yang maha penyayang daripada semua yang penyayang". Pesanan buat pengunjung, doakan diriku dirahmatiNYA selalu dan berjaya dunia dan akhirat, doaku moga kalian dirahmatiNYA selalu dan berjaya dunia dan akhirat amiin.. moga blog ini bukanlah terdiri dari blog yang sia-sia,moga segala catatan memberi kekuatan pada diri dan juga kepada pembaca.
Coretan ibu.......anak-anakku jangan lupakan ibu..Hal ini diperkuatkan lagi dengan hadis Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam di mana dalam sebuah riwayat seorang lelaki datang kepada Rasulullah s.a.w. dan bertanya,
"Siapakah orang yang paling patut aku berbuat baik?" Jawab baginda, "Ibumu, kemudian ibumu, kemudian ibumu, kemudian bapamu dan selepas itu orang yang paling hampir denganmu dan seterusnya."
Walau di mana atau siapa pun kita ingatan kepada ibu perlulah sentiasa segar dalam ingatan, tidak kiralah samada mereka masih bersama kita atau sudah tiada. Jangan bila kita susah, kita ingat dan memerlukan pertolongan dari mereka. Tapi bila mereka susah, kita seperti sudah terlupa akan semua jasa mereka pada kita sebelum ini. Fikirkanlah, kita berada dalam perut ibu selama 9 bulan dan ibu bertarung nyawa semasa melahirkan kita. Jadi layanlah mereka sebaik mungkin, temanilah mereka sekerap yang boleh dan hargai jasa mereka sepanjang masa.
coretan ibu : Abah ....selamat hari bapa,jasa abah takkan dilupakan maaf anakmu ini abah.......sehingga bila pun takkan dapat dibalas jasa dan penat lelah mu membesarkan kami berempat........




